Fly away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

Quotes


Everybody is IMPERFECT
People make mistakes but just forgive them :)

tagboard

Say no to harsh word :)
Just click 'Go' 1 time. Thanks

Credits

© Template design by Adila. Thanks for Base Code and Cursor by Atiqah.
Resepi Kuey Teow Kung Fu
• Thursday, June 01, 2017 • 0 comments



Assalamualaikum & Hi *lambai tangan*

Harini saya rasa rajin pulak nak masak yang sedap sedap hiks. Apa tu ? tajuk tu la, kuey teow kung fu, korang makan terus pandai kung fu tau hahahha *tak lawak pon -.-* gegurau huhuhu. Okay sekarang ni saya nak tulis resepi dia tapi kan takde gambar masa tengah proses buat tu, ada time dah siap je, Takpe kan kan kan kan ? Masak ni pon saya guna barang yang ada kat rumah je hehe.

Bahan-bahan:

1 bungkus kuey teow (ikut korang nak amik berapa banyak, saya amik separuh mcm 3-4 org makan)
2 biji telur
1/2 kiub ayam
1 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi (saya pakai cili hijau besar 3 biji)
isi ayam *option
daging *option
udang *option (tak letak sbb takde)
sotong *option (tak letak juga)
kubis bunga
putik jagung
carrot
sawi (tak letak sbb takde) *option
brokoli (tak letak juga)
garam (secukup rasa)
serbuk lada sulah (saya tak letak)
air
2 sb tepung jagung bancuh dengan sedikit air


Cara-cara:

1- Pecahkan telur, letak garam dan lada sulah sedikit, kocak kocak lepastu gaul dengan kuey teow. Panaskan minyak (agak agak untuk goreng) masukkan kuey teow yang digaul tadi dan goreng dan terbalikkan pula. Jadi macam ni
kalau rasa oily tapis or letak kat tisu bagi minyak dia serap

2- Tumis bawang putih dan cili padi sehingga garing or kuning keemasan. Lepastu masukkan ayam, daging, sotong*, udang* dan gaul sehingga separuh masak.

3- Masukkan air (ikut lah nak letak banyak mana) dan kiub ayam

4- Dah menggelegak, masukkan sayur sayur pilihan hati hiks

5- Lepastu masukkan lada sulah, sos tiram dan garam. *letak secukup rasa

6- Lastly, masukkan air tepung jagung yg dibancuh tu. *agak agak je. Kalau tak pekat tambah lagi tepung jagung.


Dah siap ! Boleh lah curah atas kuey teow tadi 😁 makan panas panas sedap tau ;)



SELAMAT MENCUBA YE GAIS 😀


0 Comments:

Post a Comment