Fly away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

Quotes


Everybody is IMPERFECT
People make mistakes but just forgive them :)

tagboard

Say no to harsh word :)
Just click 'Go' 1 time. Thanks

Credits

© Template design by Adila. Thanks for Base Code and Cursor by Atiqah.
Resepi Kuey Teow Kung Fu
• Thursday, June 01, 2017 • 0 comments



Assalamualaikum & Hi *lambai tangan*

Harini saya rasa rajin pulak nak masak yang sedap sedap hiks. Apa tu ? tajuk tu la, kuey teow kung fu, korang makan terus pandai kung fu tau hahahha *tak lawak pon -.-* gegurau huhuhu. Okay sekarang ni saya nak tulis resepi dia tapi kan takde gambar masa tengah proses buat tu, ada time dah siap je, Takpe kan kan kan kan ? Masak ni pon saya guna barang yang ada kat rumah je hehe.

Bahan-bahan:

1 bungkus kuey teow (ikut korang nak amik berapa banyak, saya amik separuh mcm 3-4 org makan)
2 biji telur
1/2 kiub ayam
1 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi (saya pakai cili hijau besar 3 biji)
isi ayam *option
daging *option
udang *option (tak letak sbb takde)
sotong *option (tak letak juga)
kubis bunga
putik jagung
carrot
sawi (tak letak sbb takde) *option
brokoli (tak letak juga)
garam (secukup rasa)
serbuk lada sulah (saya tak letak)
air
2 sb tepung jagung bancuh dengan sedikit air


Cara-cara:

1- Pecahkan telur, letak garam dan lada sulah sedikit, kocak kocak lepastu gaul dengan kuey teow. Panaskan minyak (agak agak untuk goreng) masukkan kuey teow yang digaul tadi dan goreng dan terbalikkan pula. Jadi macam ni
kalau rasa oily tapis or letak kat tisu bagi minyak dia serap

2- Tumis bawang putih dan cili padi sehingga garing or kuning keemasan. Lepastu masukkan ayam, daging, sotong*, udang* dan gaul sehingga separuh masak.

3- Masukkan air (ikut lah nak letak banyak mana) dan kiub ayam

4- Dah menggelegak, masukkan sayur sayur pilihan hati hiks

5- Lepastu masukkan lada sulah, sos tiram dan garam. *letak secukup rasa

6- Lastly, masukkan air tepung jagung yg dibancuh tu. *agak agak je. Kalau tak pekat tambah lagi tepung jagung.


Dah siap ! Boleh lah curah atas kuey teow tadi 😁 makan panas panas sedap tau ;)



SELAMAT MENCUBA YE GAIS 😀


Trip to Langkawi
• Tuesday, May 30, 2017 • 0 comments



Assalamualaikum & Hi there,

So after berbulan tak update sebab memang tak nak jadi active user pon just suka je kat blog ni huhuhu, today nak cerita about my trip to langkawi, maybe some tips yang probably ramai dah tahu but for those yang tak tahu lagi ada lah bagi tips sikit kat sini ye :)

First of all nak cerita yg trip ni with my classmates. Should be ada ramai lah juga dalam berbelas orang tapi yg dapat join 10 orang je. It's okay, as long as ada pon dah okay dah tu huhu kalau tak mmg cancel lah trip nya. *First trip with classmates* kami semua ke Langkawi. Confirm lah semua orang tahu kan kat mana ;) kami naik flight (AirAsia) maybe naik feri tu leceh sebab ramai dari tempat yg berlainan kan.


First day, lepas turun flight tu ya macam biasa selfie. Then naik kereta sewa kat situ & apa lagi, memang cari tempat makan sebab semua kelaparan. Mostly, tempat makan ni kami singgah je mana mana kedai yg kami nampak. Selesai makan, pergi homestay, unpack barang then go to Air Terjun Telaga 7. View dia memang lawa, rugi lah kalau tak snap gambar banyak banyak haha bukan apa, saja untuk kenangan. Air kat situ memang sejuk, yelah air terjun kan, fresh gitu. Selesai mandi semua, rest then malam tu pergi Pantai Cenang. Kat situ memang crowded & sempit sikit lah tapi best lah jugak.



Second day, fuhh second day ni pack sikit. Pagi tu dalam pukul 11 kami ber-island hopping, in case ada yg tak tahu apa itu Island Hopping *naik boat pergi pulau ke pulau* dengan cuaca nya panas terik tak terkata tapi redha je lah. First destination tu kat Pulau Beras Basah, ha kat situ nak bagitahu kenalah sentiasa berjaga jaga dengan makanan korang sebab monyet banyak. View kat situ pon lawa juga lah. Boleh tengok gambar gambar tu. Dah sudah semua, naik boat, pergi Pulau Burun Helang tapi still atas air lagi just orang yg bawak boat tu panggil helang dengan cara kocak kocak air macam ada makanan gitu lah sebab nak bagi burung helang tu terbang ke bawah sikit, ha dapat lah rakam sikit. Kejap je kat situ then terus ke Tasik Dayang Bunting. Pulau ni famous juga lah, ada gambar bukit yang mirip perempuan yang sedang bunting. Boleh tgk jugak gambar di bawah. Tasik tawar tu berada di tengah tengah laut masin. Masha Allah, indah sungguh ciptaan Allah kan :) orang kata, wanita berkahwin yang nak anak akan mengandung lepas minum air tasik tu. Orang kata. Tapi bagi aku lah kan, air tu penawar je. Lelaki & perempuan boleh je minum sebab air tu macam buang bahan bahan yang bahaya dalam badan je.*terendam kasut yang kotor sikit dalam tasik tu then terus bersih, tak tipu ;p* lepas island hopping, kami ke cable car. Since weekdays, so tak crowded sangat lah. Cable car ni dah tukar jadi package. Macam package yang kami amik ni, basic combo. Dalam package tu ada, skyrex, skydome, cable car & 3D art museum. Masa tak cukup so kami tinggalkan skydome & skyrex. Harga basic combo tu RM40.





Tasik Dayang Bunting


Last day, haa last day ni memang benda yang wajib dibuat hari terakhir kat situ lah. Shopping la, apa lagi kan. So, korang pon tahu kalau dengar Langkawi je mesti CHOCOLATE kan & so on. Tapi yg popular tu chocolate2 kat situ lah :D dah lepas beli chocolate tu, makan then balik. Nak cerita lebih lebih pon tak mampu sebab panjang sangat XD so sampai situ jelah kisahnya.




tips2: //tak pandai sangat tapi share je apa yang aku tahu tau

1- Naik flight - Barang barang liquid yang over 100 ml letak dalam luggage yang dijadikan baggage *baggage ni kena beli ye masa nak book flight tu or boleh beli masa kat airport, sorry tak sure sangat. Tak boleh bawak barang tajam and besi kat hand luggage.

Hand luggage - beg yang kita bawak masuk dalam flight & letak dekat tempat atas seat
Baggage - beg yang akan diletakkan di perut kapal huhuhu

2- Kalau korang pergi pulau pulau yang ada monyet tu ha hati hati dengan bekas makanan terutama PLASTIC, monyet2 tu pantang nampak plastic, nanti mesti dia terus rampas *monyet tu laju je rampas plastic makanan kawan aku*

3- Bawa tuala jika perlu tapi rasanya memang perlu. Benda ni nampak macam remeh tapi ada yang lupa jugak tau


Tak banyak tempat kami pergi sebab makan masa lama juga aktiviti aktiviti yang kami buat tu. Alhamdulillah everything went well.

Labels: , ,